Wednesday, December 28, 2011

wordless wednesday


yeay !
we LOVE selca !
:)


p/s: study mode.

Friday, December 9, 2011

ehh brochure la bukan poster

hari tu , ada kerja khusus . ala ala projek budak sekolah . kena buat poster . tapi bukan poster conteng conteng guna cat air segala bagai . dunia da maju . semua di hujung jari . tapi kau ingat senang nak buat poster guna publisher bagai ?

credit; encik google

ya . untuk KAU dan KAU yang hebat , memang senang gila . kacang la , bak kata budak budak zaman sekarang . tapi aku ni buta seni sikit . ehh . tapi , ada la bakat sikit sikit . ni ayat cover . harap anda faham .

haa . lupa nak bagitahu . ni poster untuk subjek Bahasa Melayu Universiti . satu lagi kena buat , forum . tapi da sukses . gembira . selesai da beban . tinggal tunggu nak jawab exam je . konon konon da sedia nak jawab exam . padahal , satu ape pun tak study lagi . choii .

dulu , masa subjek TITAS pun kena buat poster gak . ehhh . poster ? salah ! salah ! brochure . aku kena buat brochure , bukan poster . patut la pelik . bila plak aku dapat kerja tambahan buat poster ni . ni lagi satu ayat nak tutup salah .

ni poster TITAS

nah ! tengok la brochure yang aku buat ni . buruk , kan ?

front view

 back view (inside)

nota kaki ; aku ni last minute person -.-"

dia gemuk yang comel


dia gemuk .
kaki dia pendek .
tapi aku suka dia .

dia pemalas .
rajin , pernah ke ?
tapi aku sayang dia .

dulu , dia selalu lupa .
tak ingat jalan nak balik rumah .
kena orang yang cari .
sekarang , berjalan tak ingat dunia .

tapi , dia manja .
ouh . aku suka .
aku suka buli dia .
perasaan ? seronok . 

nak tahu siapa dia ?
ini la gemuk saya .
GARFIELD :)





nota kaki ; dia memang suka tidur terkangkang . sangat tak senonoh , kan ?


Wednesday, December 7, 2011

twentieth november twenty eleven



cerita ni da lama tersimpan dalam kepala , cuma baru ni sempat nak ditulis . plus , event yang aku nak bagitahu ni pun da berlalu dua minggu lepas . apa yang aku nak cerita ni adalah cerita cinta cikgu kesayangan aku semasa sekolah dulu dulu .

bayangkan , aku dari perlis sanggup balik ke johor semata mata nak pergi majlis perkahwinan cikgu aku ni . sory , tangan ni laju plak menaip memuji diri . ahaks . tapi ada kawan kawan yang tak boleh nak datang sebab ada kelas dan macam macam la .

malas nak cerita banyak , enjoy the pictures okay :)
tapi takde la banyak sangat gambar yang di upload ni pun .
sebab kitorang datang waktu pernikahan je , persandingan tak sempat nak tengok . masa mencemburui kami bertiga . jadi , terpaksa la redha .

DATE   ; 20.11.2011
THEME ; pink purple 











SELAMAT PENGANTIN BARU CIKGU !
SEMOGA BAHAGIA HINGGA AKHIR HAYAT

semoga dapat memikul tanggungjawab dengan baik .
kami doakan yang terbaik untuk cikgu .


p/s ; tak perasan tarikh yang dipilih ni cantik . 20112011 :)

better late than never



selamat hari hari kepada semua :)


aku tahu yang aku da terlambat gila nak ucap tahniah dekat adik aku . 
mana tak nya , da dekat sebulan keputusan UPSR keluar , aku baru nak cakap tahniah . tapi , jangan salah faham . lambat ucap tahniah dekat blog , cepat di luar blog .

TAHNIAH MUHAMMAD FAIQ MOHD YUNUS !
sebab dapat 5A dalam UPSR .

masa keputusan keluar , patut la my mom call tengah tengah hari buta . pelik bin ajaib . sebab memang RARE la my mom nak call waktu macam tu .

mom ; kenapa tak angkat telefon tadi ?
aku  ; tak perasan . hp atas meja . golek golek atas katil tadi . kenapa ?
mom ; takda apa . agak agak ada apa ?
aku  ; entah la *fikir fikir* keputusan UPSR da keluar . adik dapat berapa ?
mom ; kau kalah . hehe *sengih sengih*
aku  ; huh ? aku kalah ? berapa ? 5 ?
mom ; haah . bla bla bla .

- end of conversation -

btw, jangan pelik bila baca perbualan aku dengan my mom . itu la hakikatnya .
yeah , aku kalah sebab dulu aku cuma dapat 4A je . tapi takpe la .
tak sia sia aku berus kepala otak dia masa aku kat rumah waktu cuti sem dulu . haha .


nota kaki ; kaya la adik aku . abang abang aku janji 1A = RM50 . ada tiga abang . sorang kakak . haa . memang kaya -.-"


p/s ; terpaksa postpone duit hadiah sebab da hujung sem . sory dik . ngee 

Saturday, November 12, 2011

wanita itu istimewa : Part 1


assalamualaikum semua :)

kadang kadang ada daripada kita yang tidak bersyukur dengan kejadian tuhan . maksud saya disini , ada perempuan yang ingin menjadi lelaki dan begitulah sebaliknya . tidak kah mereka yang menukar kejadian tuhan ni merasakan yang mereka bakal menyusahkan orang lain ? apabila mereka mati kelak , bagaimanakah ingin di uruskan jenazah mereka ? maaf andai ada yang terasa hati . 

mungkin ada sesetengah wanita atau perempuan yang merasakan alangkah bahagianya menjadi lelaki . mereka lebih banyak diberi kebebasan berbanding wanita . tetapi adakah mereka tahu bahagia wanita mempunyai lebih banyak keistimewaan yang telah dikurniakan oleh ALLAH s.w.t . apa yang telah saya senaraikan di bawah mungkin boleh dikatakan sebagai perbezaan antara lelaki dan wanita .

| satu |
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki .

| dua |
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya .

| tiga |
Wanita saksinya kurang berbanding lelaki .

| empat |
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki .

| lima |
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak .

| enam |
Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya .

| tujuh |
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri .

| lapan |
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki .
Pernahkah kita lihat sebaliknya ?

senarai di bawah pula boleh dikatakan sebagai hikmah atas pebezaan antara lelaki dan wanita . 
mungkin selepas membaca ini , anda yang bergelar perempuan dan wanita akan merasa betapa bertuahnya anda dilahirkan sebagai wanita :)

| satu |
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan ? Itulah bandingannya dengan seorang wanita .

| dua |
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

| tiga |
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya . Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak .

| empat |
Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia melahirkan , dia didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil . Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil) .

| lima |
Di akhirat kelak , seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya , ibunya , anak perempuannya dan saudara perempuannya . Manakala seorang wanita pula , tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya , ayahnya , anak lelakinya dan saudara lelakinya .

| enam |
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan , Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap) .

| tujuh |
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata .


MasyaALLAH ! sayangnya ALLAH pada wanita . kan ?

credit : encik google

nota kaki : pertama kali tulis entry yang boleh dikatakan serius . pada saya la . maaf atas segala khilaf .

bila aku hampir menjadi troll


assalamualaikum and good day lovelies :)

sabar tu sebahagian daripada iman . yes . aku tahu semua tahu tentang fakta tu . budak budak sekolah pun tahu .

tapi pada aku , setiap kesabaran tu ada hadnya . ada batas . dan sesuatu yang berlaku masa aku ada kat rumah hari tu betul betul buat aku hilang sabar ? kalau aku cakap dengan kawan aku , mesti dia akan cakap ' sabar la ' . tapi aku tetap tak boleh terima . kenapa ?

ini semua sebab kesalahan seorang pakcik , aku rasa la , yang tak tahu bawa kereta plus tak tahu undang undang jalan raya . nak kata tahu bawa kereta memang tipu la sebab kalau tak takde la dia nak langgar aku yang tengah bawak motor plus bonceng kawan aku . standard la , petang petang jalan jalan pusing kampung . eh . ke aku yang nak terlanggar dia ? cuba tengok sebab aku marah dia . agak agak siapa salah eh ?

ini sebab yang buat aku marah kat pakcik tu :


| satu |
dekat simpang tiga dan aku nak jalan terus . kalau ikut undang undang jalan raya , siapa yang kena bagi jalan kat siapa ? ouh , lupa . pakcik tu nak keluar dari simpang tu . sila bayangkan situasi itu sendiri . pakcik tu terus keluar dengan laju dan aku yang bawa slow tu hampir hampir nak berlanggar dengan dia .
tapi nasib aku baik . dapat mengelak . tapi sikit lagi nak cium pokok yang ada kat depan aku . huhhh .

| dua |
lepas je insiden tu , pakcik tu dengan sesuka hati pergi macam tu je . takda pun nak turun tanya kami ni okay ke tak . dan kawan aku siap cakap ' apa salahnya dia angkat tangan . means sorry . ini tak . hampeh betul ' . siapa yang tak panas kan dengan situasi macam ni ? ouh . lagi satu , sebelum pakcik tu mem'blah'kan dirinya dengan kereta wira warna biru , dia boleh berpaling je . mungkin dia cakap ' nasib baik kereta aku takde pape ' . dalam hati aku memang terasa nak mencarut . tapi , sabar je la . pfftttt .

| tiga |
aku tahu la tu jalan kampung tapi tak boleh ke tunjuk perangai elok sikit kat atas jalan . tahu la kau bawak kereta wahai pakcik . kami ni naik motor je . tapi tu tak boleh dijadikan alasan untuk kau tak nak tunjuk hormat kat pengguna jalan yang lain .


biar la orang kata aku ni skema sebab ikut undang undang jalan raya . nak kata aku kolot ? itu hak kau . yang penting aku selamat . aku paling pantang kalau aku bawa kenderaan either kereta atau motor dan selalunya aku prefer bawa motor . tapi driver lain tak tahu manner di atas jalan . 

1 . SIGNAL 
     susah sangat ke nak nyalakan signal kalau nak belok either kiri or kanan . kadang kadang da elok je nyalakan signal nak membelok tapi macam hampeh . sebab apa aku cakap macam tu ? nyalakan signal kanan , belok kiri dan sebaliknya . tak ke menyakitkan hati ?

2. PARKING
    mentang mentang kau bawak kereta , aku bawa motor , tempat parking motor pun kau nak sapu ke bro ? ape cer ? tapi yang ni . not a big deal sangat .

3. JARAK KENDERAAN
    biasa la orang yang naik motor ni bawa motor kat bahu jalan . kau jangan ingat kau je ada bahu . jalan pun ada gak okay . haa . tak payah la nak menghimpit kami sangat . jalan raya tu tak cukup besar ke ? kau nak jalan tu sampai berapa lorong agaknya baru cukup luas untuk kau ?

4 . etc.
    . . . . . . . . . 

tu je la kot yang aku nak tulis . aku rasa da cukup panjang berjela jela aku tulis . plus , apa yang aku taip ni berdasarkan pengalaman dan rasa hati aku je . 
sekian .

pesanan penaja ; berhati hati di jalanraya . ingat la orang yang tersayang .



nota kaki : nasib baik aku selalu naik bas je kalau nak pergi mana mana .

nota betis ; sorry if i'm using harsh word . if any . 

Monday, August 15, 2011

i feel lost

truthfully , i really need you ! terasa tak lengkap hidup tanpa kau . aku rindu saat saat kita bersama . da tiga tahun kan kita bersama ? ouh . sesungguhnya aku sangat rindukan kau . macam mana ni ? nak kata angau dengan kau , tak sangat la . tapi kau sangat penting untuk aku . betul ! aku tak tipu .
.
.
.
.
.
.
.
.

ouh !
nokia 6120c


 
yes . my handphone is out dated =.=" tapi aku sayang gila dengan handphone ni sebab ni la first handphone yang aku beli dengan duit sendiri . tapi , handphone ni merajuk dengan aku . tiba tiba je tak boleh nak on lepas ada ura ura aku nak beli handphone baru . hailaa . eh . jap ! tetiba ke handphone aku tak boleh nak power on ? ouh . tak ! ni semua kerachut punya pasal . tunggu la next update . aku cerita pasal kerachut .

so , sekarang ni aku tengah berangan nak beli handphone baru . ye la . berangan je dulu sebab belum mampu nak beli baru . tunggu dapat gaji akan datang , baru beli handphone baru kot . da survey harga kat penang . boleh la . tapi nak survey harga kat perlis and kedah dulu sebelum beli baru . dekat johor mahal sikit , so , erkk . malas nak survey harga .

dalam kepala aku da fikir macam macam jenama handphone . tapi , tak tahu nak beli apa . yang pasti aku nak touchscreen phone . satu yang memang da lama aku nak beli , samsung galaxy ace . tapi entah la . list kat bawah ni , handphone yang aku rasa macam out of list :


 
| iphone |
aku tahu aku tak mampu . plus , ada la yang leceh pada aku . example , bluetooth connection .

| samsung galaxy S II |
boleh dikatakan handphone idaman . kalau aku beli handphone ni , memang habis macam tu je la duit gaji aku =.="
tapi aku suka kot dengan spec handphone ni . boleh tengok kat sini ya :)

| samsung galaxy mini |
aku tak berapa suka dengan design dia . tu je . mengada , kan ? hahaha :D

| blackberry |
a few member aku suggest untuk beli blackberry . tapi ntah la , aku tak berminat .

| nokia |
nak try lari dari nokia . ngee .  plus , sekarang aku rasa design sekarang macam pelik pelik je .

| sony vivaz pro |
camera handphone ni best la gak dan apps dia pun okay gak tapi masalahnya dia guna symbian S60 OS . maksudnya lebih kurang sama dengan handphone nokia aku yang rosak tu .
but not totally the same . tapi tetap rasa tak berapa nak seronok la .

| sony Xperia x10 mini |
terasa macam handphone ni kemetot je . screen 2.6 inches je . tapi member aku cakap best . yang ni aku tak pernah try lagi . so , tak boleh comment banyak banyak .

so , ada apa apa cadangan tak ? ouh , budget below RM1k . saya budak sekolah lagi . tak boleh spend duit banyak banyak . lalalala .
terima kasih saya ucapkan kepada yang bagi cadangan :)


nota kaki ; terasa pelik tak boleh nak ambil gambar sendiri . hahaha :D

ini selingan . hahaha :D

Tuesday, August 9, 2011

wordless tuesday




| past |


| present |


| future |



Friday, July 1, 2011

linger



If you, if you could return
Don't let it burn, don't let it fade
I'm sure I'm not being rude
But it's just your attitude
It's tearing me apart
It's ruining everything

I swore, I swore I would be true
And honey so did you
So why you were you holding her hand
Is that the way we stand
Were you lying all the time
Was it just a game to you

But I'm in so deep, you know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger ?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger ?

Oh, I thought the world of you
I thought nothing could go wrong
But I was wrong, I was wrong

If you, if you could get by
Trying not to lie
Things wouldn't be so confused
And I wouldn't feel so used
But you always really knew
I just wanna be with you

And I'm in so deep, you know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger ?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger ?

And I'm in so deep, you know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger ?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger ?

You know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger ?
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger ?

linger - the cranberries

alasan semata

Jika kita lihat dari kiraan hari ini, sebenarnya bukan salah mahasiswa/i bila dia tidak lulus ujian,Sebab bagaimana nak lulus, nak belajar pun dia tidak sempat…

Tahukah anda, setahun itu hanya terdapat 365 hari yang kita tahu sebagai tahun akademik .

Mari kita kira !

Hari Minggu
52 hari dalam setahun. Anda pasti tahu bahawa hari minggu itu adalah hari istirehat.

Baki tinggal 313 hari.

Hari Cuti Umum
Lebih kurang terdapat 30 hari cuti umum dalam setahun, misalnya tahun baru, hari raya, dsb…

Baki tinggal 283 hari.

Cuti Semester
Semua pelajar akan bercuti dan tidak akan ada kuliah. Biasanya lebih kurang 2 bulan lebih, anggaplah lebih kurang 60 hari.

Baki tinggal 223.

Tidur
Yang paling baik adalah 8 jam sehari untuk kesihatan, jadi 120 hari digunakan untuk tidur.

Baki tinggal 103 hari.

Beribadat
Paling tidak setengah jam sehari kita beribadah, kita anggarkan 8 hari dalam setahun.

Baki tinggal 95 hari.

Bermain
Hal yang paling baik untuk kesegaran dan kesihatan adalah bermain. Paling tidak memerlukan 1 jam sehari. Digunakan lagi 15 hari.

Baki hari tinggal 80.
Makan
Sekurang-kurangnya selama satu hari kita habiskan sejam untuk makan atau minum,hilang lagi 15 hari.

Baki tinggal 65 hari.

Berborak
Jangan lupakan, bahawa manusia adalah makhluk sosial yang memerlukan berinteraksi dengan orang lain. Kita ambil 1 jam sehari untuk berbual. 15 hari terpakai lagi.

Baki tinggal 50 hari.

Sakit
Manusia memang kadangkala sakit, tak kira teruk atau pun tak. Paling tidak 5 hari dalam setahun dikira.

Baki tinggal 45 hari.

Exam
Exam itu sendiri biasanya dilakukan selama 2 minggu persemester. Bererti, 24 hari sudah dikhaskan untuk exam.

Baki tinggal 21 hari.

Refreshing
Untuk menyegarkan fikiran, refreshing itu perlu. Tgk wayang dan jalan-jalan paling tidak dihabiskan 5 hari dalam setahun.

Baki tinggal 16 hari.

Surfing Internet
Zaman sekarang ni mesti layan internet untuk mengetahui perkembangan isu semasa atau layan facebook atau paling tidak pun layan blog isu hangat . Kira paling sedikit masa pun purata sejam sehari, kita memerlukan 15 hari setahun.

Jadi baki tinggal 1 hari.

Satu hari yang tinggal tu kan HARI JADI….!!!

Mana boleh belajar !
hahaha



nota kaki ; its just for fun . by the way , aku copy benda ni dari facebook . tiba tiba terasa nak share :)


p/s ; bersyukur la dengan apa yang kita ada .

nota betis ; entry ini adalah auto post .

will be on duty .

salam lovelies

how are you ? erkk . a bit formal isn't ? ahaha . i know , i know .  ini la yang berlaku bila da lama sangat tak update blog . idea banyak gila , tapi RAJIN sangat nak menaip . okay . tipu .

motif sebenar entry ni dibuat adalah sebab . sebab . . . hah . sebab aku nak publish entry la . tu pun mau tanya lagi ke ? ngehngeh . di sebabkan ni da hujung bulan enam a.k.a bulan JUN plus tade satu entry pun untuk bulan ni , sebab tu la aku menggagahkan diri yang sememangnya tak berapa nak gagah ni menulis entry .

nothing much happen during this semester holiday . orang lain da syok syok kerja plus da siap makan duit gaji , aku baru nak start kerja . tapi aku peduli apa . janji aku keje . dapat gak duit untuk beli handphone baru . ahahaha . jangan kata gaji , kerja tak dapat lagi pun da sibuk nak berangan . tak pe . berangan itu perlu . ehehe .

esok aku start keje . huhu . wish me luck okayy . aku tak tahu la nama penuh departmant aku apa . macam sengal je . aduyaiii . aku sebenarnya apply untuk intake 1st June tapi tak dapat plak . tu yang jadi tunggang langgang hidup aku masa kat uma . tapi da rezeki aku datang lambat , nak buat macam mana . redha je la . pape pun , syukur alhamdulillah sebab dapat kerja :)

ouh . by the way , aku keje kat WESTERN DIGITAL . cawangan Penang .


 
untuk mengetahui lebih lanjut tentang company ni , sila TEKAN SINI kuat kuat . itu pun kalau anda rajin . ngee . tiada paksaan .

okay la . nak bergolek golek di atas katil .

bye !


nota kaki ; uishhh . macam mana la nak berjimat . duit asyik habis je -.-"

nota betis ; da jadi entry untuk bulan julai gamaknya . adesss . melepak kat bilik orang punya pasal .

Monday, May 2, 2011

confession of broken heart


i've made a promise to myself .
don't ever shed a tears because of a guy .
i'm trying hard , you know . its not easy .
its easy to say , but hard to be done .
i won't repeat my silly mistake , again .
i still have pride that need to be uphold .

you !
don't you ever think that i can't live without you .
PLEASE . keep continuing your lie . i don't mind .
if you don't even care about my feeling , so do i .
just bear in mind , what goes around, comes around .
that was a simple philosophy of life .
but thanks because you love me , even just for a while .
i appreciate it . seriously .


. the end .


p/s ; craving for new heels and everything .

i'm drowning


Assalamualaikum and good day people :)

firstly , wanna say THANK YOU for those people that view my blog and be my followers . for this couple of weeks , i couldn't update new entry and blogwalking as usual .
but insyaALLAH after i've finished my exam, i'll try to visit to all the other blog which has left their footprint in my chatbox . domo arigatou *bowing*

this one is just a quick update before my upcoming paper . my previous paper was on last Friday .

ERT 246 :
hydrology and water resources engineering

3 hours

nothing much i wanna say bout this paper but for me , it is the toughest paper for this semester . its just for me , not the other . its much more scarier than fluid mechanic that i've taken last semester . hydrology seriously make me drown .

eh . suddenly backstreet boy's song - drowning appeared in my mind . hahaha . sangat tade kena mengena okay . okay . cukup la jadi minah celup ni . penat aku nak fikir ayat yang sesuai . aishh -.-"   tapi serius weyh , aku takut gila dengan subject ni .
boleh kawan aku cakap :

be prepared to be repeater-to-be

choi ! tak mahu la saya . mengira rainfall intensity dan segala bagai yang berkaitan dengan hujan , banjir dan semua yang berkaitan dengan air buat aku nak termuntah . harap harap la tak repeat paper ni . sungguh ! aku tak nak !

okay . sudah . cukup update blog . sambung study . esok lepas habis exam , aku update lagi . wish me luck sayang . ouh . sebelum tu , selamat hari pekerja aku ucapkan kepada sesiapa yang telah bekerja . hee :)




nota kaki ; 
tak perasan plak yang entry sebelum ni panjang gila . mekasehh atas kesudian anda untuk membaca :)

 
p/s ; tak terfikir nak balik bila . tiket balik pun tak beli lagi . aigoo .

Thursday, April 28, 2011

the war began


salam lovelies .

terasa da lama tak update blog dan hakikatnya memang da lama pun . tak sempat la . biasa la , sekarang kan musim exam . mesti la study . ah ! perasan la kau fyqa . study la sangat . hoho . buka buku 5 minit tapi buka muka buku 5 jam . aishh . apa nak jadi entah . masalah masalah .


 
hah ! cakap pasal teringat first paper aku hari isnin hari tu . ye la . aku da start exam da . tak caya ? apa ? kau da nak habis exam ? ada aku kisah ? hah . memang aku kisah pun . huhu . gila lambat exam aku habis . first paper masa first day exam and last paper masa last day exam . bagus kan ?
ha . bagus la sangat  . tension kot . bosan pun ada gak .


 
eh eh . kan da merapu . ni nak cerita pasal first paper aku hari tu . jeng jeng jeng .

ERT 245 ;
heat and mass transfer in biological systems

3 hours

apa kejadah benda tu ? tu one of core subject aku sem ni . okay la . penat la nak lalu jalan bengkang bengkok ni . di sebab kan zaman da maju , highway pun da ada . kita straight to the point la bak kata orang mat saleh .

untuk paper ni kira first time la aku study betul betul . selalu main main je . sila la tak percaya okay . selak sana , selak sini . choi ! aku selak note la . jangan pikir bukan bukan la . nak menunjukkan yang aku ni study , katil aku memang penuh la dengan notes . erk . pelik ? tade orang study kat katil ? aku ni memang . tak suka study atas meja . da jadi habit . sem depan la aku try ubah . ngee . better late than never . ehe .



 
dipendek kan cerita dari cerita yang tak berapa nak panjang , aku pun bersedia la nak pergi jawab exam .
masuk dewan exam , ambil tempat tapi tertukar plak ngan seat kawan aku . muka confident je duduk kat seat tu , sekali check balik . ' eh . apsal lain ni ? ' . pandang kiri , kawan aku da sengih sengih . ' tempat kau kat depan la ' . dengan muka tak bersalah , ambil kad matric and slip exam and stationary terus pergi seat aku . sampai kertas exam atas meja tu pun aku nak angkut sekali . okay . sila gelak semahu mahunya .


cerita diteruskan , exam bermula pada 0900 AM ;

0915 AM ;
conteng conteng kertas soalan . ye la . nak pilih 5 dari 6 soalan . tengok jam . baru 15 minit . cakap dalam hati " kul 9.30 nanti aku start jawab la"

0930 AM ;
eh . pukul 9.30 da . tak habis tulis formula untuk semua soalan ni . kira sekali la pakai pensel . okay . buat soalan calculation .

0945 AM ;
uishh . pukul 0945 da , tak boleh jadi ni . kena start buat gak . ades . menyesal . aku buat calculation untuk soalan 1 , tapi aku tak choose pun soalan tu . terasa membuang masa . ni bukan terasa da fyqa , memang kau da buang da . okay . relax dulu . nak sedap kan hati konon konon nya .

1030 AM ;
urgh . tinggal satu jam setengah lagi ni . berapa soalan aku da jawab ? selak balik kertas jawapan . OMAIGOD !! aku baru jawab satu soalan setengah . mampus aku ! ada 3 soalan setengah lagi yang aku kena jawab . sempat ke . sempat ke . okay . gelabah suda . tingkat kan prestasi . kelajuan menulis bertukar ke tahap minimum . eh . maksimum . tulisan aku tak payah nak cakap la . tulisan doktor pun kalah .

1115 AM ;
alamak ! macam mana ni . macam mana ni . baru jawab 3 soalan . 2 soalan tak jawab lagi . tak nak failed ! keputusan melulu di buat . tinggal kan dulu soalan theory . buat soalan kira kira sebab lagi banyak markah .
argh . berapa nilai Planck constant ni ? tengok depan . ceh . tak dengar pulak dia ada buat pembetulan . teruskan mengira . ktak ktak ktak . bunyi kalkulator kena tekan .

1130AM ;
aishh . tak sempat ni . okay . soalan last senang . ' madam , nak paper lagi ' . ouh . cepat la cepat la . dapat kertas tambahan , terus tambah speed menulis . sekali kalah tulisan cakar ayam . tapi cakar ayam pun sedap di makan . menulis . mengira . tekan kalkulator . menulis lagi .

1145 AM ;
siap ! soalan terakhir je la . 15 minit je aku siapkan 1 soalan yang ada 4 sub questions . yang penting sempat buat . tengok balik soalan yang tak sempat buat . uishh . LMTD tu ape ? blackbody tu ape ? NTU ? Biot ? arghh . jawab je la .

1200 PM ;
pengawas peperiksaan , ' masa menjawab telah tamat . sila berhenti menulis ' . aku pun apa lagi . selagi tak di kutip kertas aku , menulis lagi . menulis dan terus menulis .

1205 PM ;
kertas exam aku pun selamat dikutip . dalam hati , cess . tak sempat jawab semua plak . menyesal -.-"



moral of the story ;
jangan over confident eventhough kau memang boleh jawab soalan tu . plus . ouh . masa itu penting . so , uruskan masa dengan betul .


mood ;
masih lagi kecewa . aishhh


p/s ; uncertainty make my heart aches . ouch !

a lesson of life


Everything happens for a reason . Nothing happens by chance or by means of good or bad luck . Illness , injury , love , lost moments of true greatness and sheer stupidity all occur to test the limits of your soul . Without these small tests , if they be events , illnesses or relationships , life would be like a smoothly paved , straight, flat road to nowhere .
 

If someone hurts you , betrays you , or breaks you heart , forgive them . For they have helped you learn about trust and the importance of being cautious to who you open your heart to .
 

If someone loves you , love them back unconditionally , not only because they love you, but because they are teaching you to love and opening your heart and eyes to things you would have never seen or felt without them .
 

Make every day count . Appreciate every moment and take from it everything that you possibly can , for you may never be able to experience it again .
 

Talk to people you have never talked to before , and actually listen . Hold your head up because you have every right to . Tell yourself you are a great individual and believe in yourself , for if you don't believe in yourself , no one else will believe in you either .
 

You can make of your life anything you wish . Create your own life and then go out and live it .


p/s ; just be grateful with what i've already have :)

Tuesday, April 12, 2011

hectic week people .

hey people ! rasanya da lima hari je kot tak update blog . eh . ye ke lima hari ? tapi rasa macam da berhari hari la plak . ahaha . mengada kan aku ni . sebelum ni berbulan bulan tak update blog , tak pernahnya nak kisah . hehe . biasa la , bila da bosan gila memang blog la tempat meluahkan perasaan .

ouh . ya . maaf la . this week i got a lot of test . aishh . ntah pape je . orang lain da sibuk dengan study week , aku plak baru terkedek kedek nak habiskan semua test segala bagai . dengan experiment bioethanol yang tak habis habis . adess . tension . but at last ! all the lab experiment is done . yeah ! :)



eh . jap jap . tak percaya bila aku cakap test berderet . look at my schedule test for this week . ONLY .

isnin ; lab interview energy and power
selasa ; test hydrology and water resource .
rabu ; test heat and mass transfer .
khamis ; test energy and power
jumaat ; test geomatic . lab test geomatic *postponed*

see . banyak kan . tu belum kira ape yang lecturer bagi assignment last minute . dengan 4 mini project design . satu ape pun belum mula lagi . da la semuanya kena hantar sebelum study week . which mean , i just got only plus minus one week to settle all those work . otak aku da tak boleh nak berfikir dengan baik . tapi nasib baik la semua lab report boleh dikatakan da siap . tinggal nak print and submit je .

jadi , hari ni punya azam nak siapkan semua kerja yang berlambak . kalau boleh la . tapi aku tak rasa boleh pun . pape pun, belum cuba belum tahu . kan ? :) *think positive*
ouh . terlupa plak . lagi satu azam . eh eh . apa la aku ni , orang lain buat azam awal tahun, aku plak da tengah tengah tahun baru nak buat azam . peduli apa aku . better late than never . hehe .
eh . azam aku satu lagi , lupa nak bagitahu . perlu skor untuk exam . nasib baik la markah test aku tak sampai tahap masuk gaung .

okay . study ! cukup berblogging .


toodles~


nota kaki ; alangkah bahagia kalau boleh tegur lelaki kacak tu . awww .

Wednesday, April 6, 2011

i'm the one that have been called as alien .


alien ? apakah ? la . alien pun tak tahu ? kesian . g google sana . suda ? bagus :)
alkisahnya, cerita dimulakan dengan bismillah :)

mesti siapa siapa yang baca entry ni pelik kenapa aku di panggil alien ? jap ! pelik ke ? okay . perasan je lebih . aku mula di panggil alien oleh senior aku . si gila pink . haha . mampus aku kalau dia baca . maaf na orang tua . ouh . reason . lupa plak nak bagitau . ini semua gara gara aku pakai contact lens . biasa la . saya budak kampung . tu yang out to date sikit . huhu . kesian , kan ?

people around me cakap aku nampak lain without my spec . sampai ada my friend yang tak kenal kot . sadis gila . just take a look by yourself . then, give a comment . beza sangat ke ? aduyaii .






see ? pada aku tade la beza sangat pun . tapi pelik bila kawan aku tak kenal . 
sebab aku pernah sergah kawan aku dan boleh plak dy cakap "eh . sapa kau ? !" cesss . buat malu aku je . da la masa tu kat kafe .

eh . cerita balik pasal alien . lens aku pakai warna hazel . saja . gedik . tapi boleh plak kawan aku tanya macam ni ;

dia ; eh . kau pakai lens warna ape ?
aku ; hazel la . nape ?
dia ; ye ke ? tapi kenapa aku rasa warna dia macam warna hijau lumut dalam kolam ikan tu ?
aku ; hah ? *tak mampu bersuara*
-kebetulan tengah duduk dekat dengan kolam ikan-

tak boleh blah kan ? ada plak dia samakan dengan warna lumut dalam kolam ikan . hailaa -.-" sampai hati .


hijau lumut ke ni ?

lagi satu situasi yang aku tak boleh terima . masa tu aku tengah tengok tengok aksesori kat kedai . then , tiba tiba . jeng jeng jeng *drum roll*

pekerja  ; dik , pakai contact lens kan ?
aku ; errkkk . ye . *terkejut kot . tetibe ade kat belakang aku ngan muka putih melepak dengan bedak*
pekerja ; pakai yang tak ade power eh ?
aku ; eh . tak la . ada power . 
pekerja ; ouh . ingatkan tade . sebab ade contact lens baru sampai , yang tade power .
aku ; ouh . ye ke ? tape la .
-terus ajak membe aku keluar dari kedai-


. the end .


p/s ; near to the end of the sem .

Monday, April 4, 2011

when the friendship wont last forever . . .



kadang-kadang orang tanya saya, apa beza KAWAN dengan SAHABAT?
saya hanya berdiam dan tersenyum....NO KOMEN

saya pernah terbaca di dalam sebuah buku:
-KAWAN adalah seseorang yang kita sentiasa bersama
-SAHABAT adalah orang yang sentiasa kita cari
tapi pada saya....NO KOMEN

bila saya berfikiran positif....

1. aku sgt menghargai hubungan KAWAN atau SAHABAT tak kira dengan lelaki atau perempuan.
2. aku sgt menjaga hubungan KAWAN atau SAHABAT sampaikan tak sanggup nak tengok mereka susah.
3. aku berlembut hati sangat dengan KAWAN atau SAHABAT sampaikan aku terima apa saja bentuk layanan mereka..(sedangkan mereka tidak tahu betapa terguris hati aku ni)
4. aku sgt senang menerima teguran dan pandangan daripada KAWAN atau SAHABAT . walaupun ada diantara mereka AMBUSH dan ATTACK aku . dalam hati aku berkata, "tak ape....dah memang sikap diorg macam tu"
5. aku menerima KAWAN atau SAHABAT sebagaimana diri mereka...saya cuba memahami diri mereka..(walaupun kdg2 mereka hanya ingin diri mereka difahami)
6. kadang kadang hati ini tersentuh...sedih...aku rasa mereka pentingkan diri sendiri..langsung tak tau nak berterima kasih..mereka mengambil kesempatan...saat senang saja diperlukan...(tp hati aku ttp berkata "tape..dah mmg sikap diorang macam tu . nak buat macam mana . Allah kan ada....."

bila aku TADE MOOD...

1. nak bgtau je kat KAWAN atau SAHABAT tu 
" jangan jd org yg pentingkan diri sendiri la!!"
2. nak jerit je kat KAWAN atau SAHABAT tu 
" kau ingat orang yg kawan dgn kau tu suka kat kau?? ikhlas kat kau??"
3. nak je dia tau " kau tak jd kawan aku pon  tak pe la!!"
4. nak je biar dia sentap " sikap kau tu buat org benci kat kau sebenarnye!!"
5. nak je dia sedar " kau mengata aku, tapi sebenarnya orang lain lagi banyak mengata kau!!"

tapi............aku tak sekejam itu....
aku pun manusia biasa...xsempurna...apa yg aku rasa apabila DIKHIANATI/DIUMPAT/DINGATA/DISAKITI/DIKECEWAKAN, semua KAWAN atau SAHABAT juga pernah rasa...jadi....ADIL la....
pada aku.......

1. KAWAN atau SAHABAT akan melindungi kita daripada prasangka buruk orang lain
2. KAWAN atau SAHABAT akan menegur kita untuk kebaikan kita
3. KAWAN atau SAHABAT tak sanggup nk biarkan kita bersusah payah
4. KAWAN atau SAHABAT tak akan pernah terlintas dihatinya untuk mengambil kesempatan terhadap kita
5. KAWAN atau SAHABAT akan menumpang rasa sedih dan gembira terhadap kita
6. yang paling penting...KAWAN atau SAHABAT tak akan mudah memutuskan hubungan KAWAN atau SAHABAT antara kita...

Kenapa aku tulis semua ni...?

1. rasa sayang dan sakitnya hati ini apabila sebuah hubungan yang sekian lama terjalin, tak dapat diselamatkan.
2. rasa begitu rugi kerana kehilangan sebuah hubungan yang mempunyai banyak kenangan .
3. rasa sedih kerana tidak dapat menjadi seorang KAWAN atau SAHABAT yang baik .
4. rasa diri ni kecik kerana tidak dapat mengekalkan kebahagiaan dlm hubungan .
5. yang utamanya, rasa SAYANG dan MENGHARGAI sebuah hubungan yang terjalin .

kerana retaknya hubungan itu......
dengan ini dia tidak lagi tersenarai sebagai seorang KAWAN atau SAHABAT....
 
nota kaki : akan keseorangan masa cuti semester nanti :(

obsession : rubik's cube

dulu , kan . aku sangat la envy dengan siapa siapa yang tahu main rubic cube tu . serious dowh . jealous kot . tapi , tak kan la aku nak tunjuk dekat orang about my envious , kan ? jap ! ape ? rubic cube tu ape ? mainan la . ishkk . tak tahu ke ?
sila scroll ke bawah untuk keterangan lebih lanjut . terima kasih .

The Rubik's Cube is a 3-D mechanical puzzle invented in 1974 by Hungarian sculptor and professor of architecture Erno Rubik. Originally called the "Magic Cube",the puzzle was licensed by Rubik to be sold by Ideal Toy Corp in 1980 and won the German game of the year special award for Best Puzzle that year. As of January 2009, 350 million cubes have sold worldwide making it the world's top-selling puzzle game. It is widely considered to be the world's best-selling toy.
In a classic Rubik's Cube, each of the six faces is covered by nine stickers, among six solid colours (traditionally white, red, blue, orange, green, and yellow).A pivot mechanism enables each face to turn independently, thus mixing up the colours. For the puzzle to be solved, each face must be a solid colour. Similar puzzles have now been produced with various numbers of stickers, not all of them by Rubik. The original 3×3×3 version celebrated its thirtieth anniversary in 2010

benda kotak kotak tu la yang di panggil rubic . or cubic or whatsoever nickname la . sejak da pandai main benda ni , benda ni memang wajib aku bawa pergi mana mana . apa ? kau nak cakap yang aku ni lame or nerd ? peduli ape aku . sebab bila aku da start main benda ni , aku memang tak pandang kira kanan da .
sampai ada kawan kawan aku yang tegur . ikuti perbualan kami;

dia ; hoi . khusyuk gila main benda alah tu .
aku ; erkk . tade keje . bosan . ehee *sengih macam kerang wangi*
dia ; awat ? nak masuk bertanding ke ?
aku ; tade la . tak mampu la saya . belum hebat lagi . ngee *sengih tak berapa nak nampak gigi*
dia ; bla bla bla bla
aku ; pot pet pot pet .

begitu la alkisahnya . banyak sebenarnya kawan aku tegur . tapi semuanya mempunyai isi penting yang sama . jadi tak payah la nak ulang banyak kali . ala . tak penting . tak masuk dalam exam pun .

thanks to Aliaa because teach me how to solve rubic cube *formal la pulak*
but seriously , when you know the step , it sooo easy to solve the rubic . i mean to get the same exact colour for all 6 sides . tapi setakat ni aku baru belajar rubic yang basic . 3 x 3 . lain kali , aku tambah degree of difficulty . ehe . so , kepada sesiapa yang tak tahu nak main , boleh belajar okay :)

belum mampu nak selesaikan semua jenis .

rubic yang aku beli da lebih sebulan sikit da jadi macam barang wakaf . semua orang guna . sharing is caring . passing sana , passing sini . seminggu kat dia , seminggu lagi kat orang tu . pinjam la kawan kawan . tade hal la weyh . aku kan baik . haha *perasan* konklusi , boleh dikatakan ramai gak la budak kelas aku yang da tahu nak solve rubic ni . setiap kali kelas mesti ade yang main rubic . sampai ada yang sanggup beli rubic sendiri . terbaikkk .

situasi harian macam ni lebih kurang;
dia ; eh . kau ade bawa rubic tak ?
aku ; ada . amek la sendiri dalam bag .
-amek rubic and terus kucar kacirkan benda tu , then try solve -
dia ; eh . cam ne nak buat ni ek ?
aku ; kau salah step la. pusing sana pusing sini .
and bla bla bla bla .

so , bangga aku bila kawan kawan aku tahu buat solve benda tu . walaupun aku ajar pun tak berapa nak betul . haha . aku ni macam la betul sangat . tu la masalahnya . maaf na sesiapa yang terasa kalau aku marah masa tengah ajar korang .

usaha lif kejayaan . yeah !


p/s ; ouh . nak balik rumah -.-"