Saturday, November 12, 2011

wanita itu istimewa : Part 1


assalamualaikum semua :)

kadang kadang ada daripada kita yang tidak bersyukur dengan kejadian tuhan . maksud saya disini , ada perempuan yang ingin menjadi lelaki dan begitulah sebaliknya . tidak kah mereka yang menukar kejadian tuhan ni merasakan yang mereka bakal menyusahkan orang lain ? apabila mereka mati kelak , bagaimanakah ingin di uruskan jenazah mereka ? maaf andai ada yang terasa hati . 

mungkin ada sesetengah wanita atau perempuan yang merasakan alangkah bahagianya menjadi lelaki . mereka lebih banyak diberi kebebasan berbanding wanita . tetapi adakah mereka tahu bahagia wanita mempunyai lebih banyak keistimewaan yang telah dikurniakan oleh ALLAH s.w.t . apa yang telah saya senaraikan di bawah mungkin boleh dikatakan sebagai perbezaan antara lelaki dan wanita .

| satu |
Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki .

| dua |
Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya .

| tiga |
Wanita saksinya kurang berbanding lelaki .

| empat |
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki .

| lima |
Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak .

| enam |
Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya .

| tujuh |
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri .

| lapan |
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki .
Pernahkah kita lihat sebaliknya ?

senarai di bawah pula boleh dikatakan sebagai hikmah atas pebezaan antara lelaki dan wanita . 
mungkin selepas membaca ini , anda yang bergelar perempuan dan wanita akan merasa betapa bertuahnya anda dilahirkan sebagai wanita :)

| satu |
Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat . Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan ? Itulah bandingannya dengan seorang wanita .

| dua |
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

| tiga |
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya . Manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak anak .

| empat |
Wanita perlu bersusah-payah mengandung dan melahirkan anak tetapi setiap saat dia melahirkan , dia didoakan oleh segala haiwan , malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil . Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil) .

| lima |
Di akhirat kelak , seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita iaitu isterinya , ibunya , anak perempuannya dan saudara perempuannya . Manakala seorang wanita pula , tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki iaitu suaminya , ayahnya , anak lelakinya dan saudara lelakinya .

| enam |
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja iaitu Sembahyang 5 waktu, Puasa di bulan Ramadhan , Taat suaminya dan Menjaga kehormatannya (betulkan jika saya tersilap) .

| tujuh |
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata .


MasyaALLAH ! sayangnya ALLAH pada wanita . kan ?

credit : encik google

nota kaki : pertama kali tulis entry yang boleh dikatakan serius . pada saya la . maaf atas segala khilaf .

1 comment:

CXopportunities said...

entry awk best dah. tp pjg sgt la syg. maybe awk leh pendekkan. entry ni leh jd dua. awk gak yg untong dpt wut entry byk2. :) ok dear. jz my opinion. keep it up :) *sori tibe2 jd pengkritik. hehehe