Saturday, November 12, 2011

bila aku hampir menjadi troll


assalamualaikum and good day lovelies :)

sabar tu sebahagian daripada iman . yes . aku tahu semua tahu tentang fakta tu . budak budak sekolah pun tahu .

tapi pada aku , setiap kesabaran tu ada hadnya . ada batas . dan sesuatu yang berlaku masa aku ada kat rumah hari tu betul betul buat aku hilang sabar ? kalau aku cakap dengan kawan aku , mesti dia akan cakap ' sabar la ' . tapi aku tetap tak boleh terima . kenapa ?

ini semua sebab kesalahan seorang pakcik , aku rasa la , yang tak tahu bawa kereta plus tak tahu undang undang jalan raya . nak kata tahu bawa kereta memang tipu la sebab kalau tak takde la dia nak langgar aku yang tengah bawak motor plus bonceng kawan aku . standard la , petang petang jalan jalan pusing kampung . eh . ke aku yang nak terlanggar dia ? cuba tengok sebab aku marah dia . agak agak siapa salah eh ?

ini sebab yang buat aku marah kat pakcik tu :


| satu |
dekat simpang tiga dan aku nak jalan terus . kalau ikut undang undang jalan raya , siapa yang kena bagi jalan kat siapa ? ouh , lupa . pakcik tu nak keluar dari simpang tu . sila bayangkan situasi itu sendiri . pakcik tu terus keluar dengan laju dan aku yang bawa slow tu hampir hampir nak berlanggar dengan dia .
tapi nasib aku baik . dapat mengelak . tapi sikit lagi nak cium pokok yang ada kat depan aku . huhhh .

| dua |
lepas je insiden tu , pakcik tu dengan sesuka hati pergi macam tu je . takda pun nak turun tanya kami ni okay ke tak . dan kawan aku siap cakap ' apa salahnya dia angkat tangan . means sorry . ini tak . hampeh betul ' . siapa yang tak panas kan dengan situasi macam ni ? ouh . lagi satu , sebelum pakcik tu mem'blah'kan dirinya dengan kereta wira warna biru , dia boleh berpaling je . mungkin dia cakap ' nasib baik kereta aku takde pape ' . dalam hati aku memang terasa nak mencarut . tapi , sabar je la . pfftttt .

| tiga |
aku tahu la tu jalan kampung tapi tak boleh ke tunjuk perangai elok sikit kat atas jalan . tahu la kau bawak kereta wahai pakcik . kami ni naik motor je . tapi tu tak boleh dijadikan alasan untuk kau tak nak tunjuk hormat kat pengguna jalan yang lain .


biar la orang kata aku ni skema sebab ikut undang undang jalan raya . nak kata aku kolot ? itu hak kau . yang penting aku selamat . aku paling pantang kalau aku bawa kenderaan either kereta atau motor dan selalunya aku prefer bawa motor . tapi driver lain tak tahu manner di atas jalan . 

1 . SIGNAL 
     susah sangat ke nak nyalakan signal kalau nak belok either kiri or kanan . kadang kadang da elok je nyalakan signal nak membelok tapi macam hampeh . sebab apa aku cakap macam tu ? nyalakan signal kanan , belok kiri dan sebaliknya . tak ke menyakitkan hati ?

2. PARKING
    mentang mentang kau bawak kereta , aku bawa motor , tempat parking motor pun kau nak sapu ke bro ? ape cer ? tapi yang ni . not a big deal sangat .

3. JARAK KENDERAAN
    biasa la orang yang naik motor ni bawa motor kat bahu jalan . kau jangan ingat kau je ada bahu . jalan pun ada gak okay . haa . tak payah la nak menghimpit kami sangat . jalan raya tu tak cukup besar ke ? kau nak jalan tu sampai berapa lorong agaknya baru cukup luas untuk kau ?

4 . etc.
    . . . . . . . . . 

tu je la kot yang aku nak tulis . aku rasa da cukup panjang berjela jela aku tulis . plus , apa yang aku taip ni berdasarkan pengalaman dan rasa hati aku je . 
sekian .

pesanan penaja ; berhati hati di jalanraya . ingat la orang yang tersayang .



nota kaki : nasib baik aku selalu naik bas je kalau nak pergi mana mana .

nota betis ; sorry if i'm using harsh word . if any . 

2 comments:

❤ Cik Fia ❤ said...

hoho.. fia pernah je drive then bg signal kanan tp sebenarnya nak pg kiri... hehehehe

fyqa said...

@fia

hahaha . tu la . pernah la gak jadi macam tu tapi nasib baik masa tak banyak kenderaan atas jalan :P